26/10/2010 - Kuantan. Bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, JAIP menganjurkan Bengkel Mas Kahwin yang akan diangkat ke Majlis Perundingan Hukum Syarak Pahang untuk pertimbangan dan kelulusan.
Seramai hampir 40 orang menghadiri bengkel berkenaan dengan dibentangkan oleh YH. Dato' Mokhtar Syafie salah seorang Ahli Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang.
Perasmian penutup disempurnakan oleh YH. Dato' Haji Mohd Ghazali Bin Abd Aziz selaku Timbalan Pengarah JAIP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan