Selasa, 21 Disember 2010

UCAPAN ALUAN

UCAPAN ALU-ALUAN (Pejabat Agama ISLAM Daerah Chenor



والله أعلم Created By Tarbiah90

Isnin, 13 Disember 2010

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM SIRI 5/2010 DAERAH CHENOR

Kursus Perkahwinan ISLAM 2010




Pejabat Agama Islam Daerah Chenor telah mengadakan kursus Pra Perkahwinan Islam siri 5/2010 bertempat di Dewan Masjid Jamek Chenor pada 11-12 Dec 2010M.Seramai 44 peserta telah mengikuti kursus tersebut dimana sebahagiannya terdiri daripada anak-anak Peneroka Felda.Berbagai-bagai slot ceramah diselitkan antaranya Hubungan Dalam keluarga, Prosedur Perkahwinan, Ibadah, Akidah, Akhlak dan Pembubaran Perkahwinan.


                                        Peserta tekun mendengar ceramah yang disampaikan.......

Penolong Qadhi Daerah Maran menyampaikan ceramah bertajuk Munakahat


Jumaat, 3 Disember 2010

FORUM MUQARRABIN DI MASJID JENGKA 18

Barisan Panel : Us. Nik Ibrahim ( MUIP ), Us. Hamdan Yusi ( JAIP ) dan Us. Rujhan ( Pendakwah )

Khusyuk mendengar kepetahan panel mengupas tajuk " Dulu Sorang , Kini Berdua"

 

Rabu, 1 Disember 2010

PAID CHENOR ZIARAH KAKITANGAN YANG BERSARA

Ramlan atau dikenali panggilan ' Pok Lan ' bekas pemandu PAID Chenor. Berkhidmat selama lebih 30 tahun dalam menjulang Islam tanpa rasa letih dan paksaan


Abg Zainal berucap mewakili kakitangan dalam kunjungan tersebut.

Sekalung tahniah dan penghargaan disampaikan oleh Al Fadhil Qadhi Daerah dan menyampaikan tandahati berupa sijil dan iringan

Bergambar kenang-kenangan.....
 


Isnin, 29 November 2010

TERUNA PAID CHENOR MENGAKHIRI ZAMAN BUJANG....

Teruna idaman dara..... tamat sudah riwayat bujangnya... Alfun Mabruk.... Barakallahu lakuma...

Jumaat, 26 November 2010

PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM MOA DI PUSAT LATIHAN SG KERPAN, LIPIS

Penggerak MOA Ustaz Zainal ketika menyampaikan kuliah subuh dalam program tersebut

Sesi Amali dibimbing oleh Imam Masjid Kuala Boh, Cameron Highland

 Senaman Pagi juga diselitkan bagi kesihatan MOA

FORUM EHWAL ISLAM DI JENGKA 7

Al Fadhil Qadhi sempat bergambar ketika menghadiri Forum dengan tajuk " CINTA SAMPAI KE SYURGA " anjuran UIAM dan PAID Chenor di Dewan Felda Jengka 7. Dari kiri En. Harun Ketua Kampung, penuntut dari Syria dan di kanan beliau adalah penuntut dari negara Somalia

Barisan Panel terdiri dari En. Fadhil dari UIAM selaku Moderator, Ustaz Hamdan Yusi  (JAIP),  En. Ehsan (UIAM) dan Hj. Azlan ( Jab Mufti Pahang)



Sebahagian penuntut UIAM bersama keluarga angkat khusyuk mendengar celoteh dari panel forum.

Khamis, 25 November 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT DUN CHENOR

YB. Dato' Hj Tan Mohd Aminuddin  Hj Ishak menyampaikan cenderahati kepada Al Fadhil Qadhi Chenor  atas turut serta membuka kaunter sempena Program Juara Rakyat. Kelihatan di kiri YB. Ahli Parlimen Maran, ADUN Kuala Sentul dan YH. Pegawai Daerah Maran.


Selasa, 23 November 2010

Bakal Graduan Al Azhar masuk 5 Masjid dan 1 SMK

Seramai 9 orang bakal graduan Universiti Al Azhar yang pulang bercuti musim panas berkesempatan mengisi slot program yang dianjurkan oleh PAID Chenor ke setiap masjid yang terpilih dan sebuah SMK di daerah ini.


Sebahagian pelajar sekolah yang memenuhi ruang masjid mendengar untaian kata-kata daripada ceramah yang diadakan baru-baru ini.

Isnin, 22 November 2010

Program Sayang DiSayang PAID Chenor di Cameron Highlands

Lawatan ke Kilang Teh di Sg Palas


Sopan dan tertib ketika mengambil makanan

Sedapnya Strowbery nie...

 Penjual bunga yang sentiasa mesra.......

Bagi kat abah sayang.....

Allahumma barik lana fima rozak tana ..... amin.....

Bapa mithali......

Selasa, 16 November 2010

MUTIARA PAGI JUMAAT

Mendengar penuh minat setiap kali program Tazkirah Pagi Jumaat diadakan.....


JIDARUL MAUT . TEMBOK KEMATIAN... PALESTIN...

MENEROBOS TEMBOK MAUT.....

YB. Dato' Hj. Tan Aminuddin ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis tersebut.

Dr. Syed Muhammad Halem  ketika memberikan ceramah pada majlis tersebut. Beliau adalah salah seorang aktivis perubatan yang menaiki kapal mavi marmara yang diserang oleh askar zionis

Khusyuk dan penuh minat mendengar pengkisahan pengalaman penceramah ketika detik-detik cemas
diserang oleh lanun zionis.

Selasa, 26 Oktober 2010

Bengkel Mas Kahwin JAIP

26/10/2010 - Kuantan. Bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, JAIP menganjurkan Bengkel Mas Kahwin yang akan diangkat ke Majlis Perundingan Hukum Syarak Pahang untuk pertimbangan dan kelulusan.
Seramai hampir 40 orang menghadiri bengkel berkenaan dengan dibentangkan oleh YH. Dato' Mokhtar Syafie salah seorang Ahli Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang.

Perasmian penutup disempurnakan oleh YH. Dato' Haji Mohd Ghazali  Bin  Abd Aziz selaku Timbalan Pengarah JAIP.

Selasa, 19 Oktober 2010

JAIP Dapat Pengarah Baru

18 Okt 2010 - Pekan. Jabatan Agama Islam Pahang mendapat Pengarah baru menggantikan YH. Dato' Abdul Manan  Abdul Rahman yang bersara pada 1 Jun 2010 yang lalu. YH. Dato' Mohammad  Bin  Ubaidollah merupakan anak jati pahang berasal dari Chenor menjawat jawatan Penolong Pegawai Kewangan di SUK Pahang sebelum ditukarkan ke JAIP.

    Warga JAIP mengalu-alukan kedatangan beliau dan mengharapkan satu anjakan dan momentum baru dalam usaha memartabatkan JAIP sebagai sebuah jabatan kerajaan yang lebih inovatif, kreatif dan terkehadapan dalam mendepani cabaran serta mencapai hasrat dan cita-cita JAIP dalam rangka Pelan Strategik 2010- 2015.

Rabu, 13 Oktober 2010

Imam Jemputan Dari Negara Thailand

Tok Muda Wan Zainal Mokhtar mewakili J/K Masjid menyerahkan saguhati kepada Imam jemputan dari negara Thailand yang dijemput bagi mengimamkan solat Tarawih sepanjang bulan ramadhan yang lalu. Kelihatan Imam Khairuddin di kiri dan Bilal Solihin di kanan.

Khamis, 7 Oktober 2010

Jamuan Raya PAID Chenor Meriah

Turut menyerikan suasana sambutan Aidil Fitri YB. Dato' Shahaniza ADUN Kuala Sentul, Tn. Hj. Zakaria Mohamed, KPP Penyelidikan JAIP, Tuan Syarifuddin  AF Qadhi Maran, Dr. Poliklinik Kg. Awah dan Penghulu Mukim Segumpal.
Saudara baru Islam turut menghadiri jamuan Aidil Fitri... Syukran...
Pengerusi J/K Jamuan Aidil Fitri bersama Us. Hafifi dan Us. Sahidul setia menyambut para tetamu yang berkunjung.... Barakallah.... Jazakallah....

Seawal jam 9.30 pagi khemah jamuan telah dikunjungi tetamu.... raya tahun ini cukup meriah.... terima kasih atas kunjungan....

Pgrm Ibu Hamil di Poliklinik Kg. Awah

Sekitar program ibu hamil yang diadakan di Poliklinik Kg. Awah.

Selasa, 5 Oktober 2010

KAJIAN MAS KAHWIN DI UKM

Ketika meneliti hujahan para ulama' dalam menetapkan kadar mas kahwin
Temubual dengan Prof. Madya Datin Hajjah Zaleha, UKM


Kenangan di UKM...