Isnin, 7 Mac 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH CHENOR 1432H/2011


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Chenor telah daidakan di Dewan Solat Masjid Jamek Daerah Chenor dan telah disempurnakan oleh Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang, YDH. Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Hj. Wan Hassan. Bebebrapa program diaturkan sempena sambutan pada kali ini dengan ceramah agama oleh Ybhg. Tn. Hj. Abdul Karim Bin Sidek, tenaga Pengajar Kulliah Lughah Wad Din Sultan ABu Bakar, Pekan, diikuti dengan bacaan ayat-ayat al-Quran oleh Ustaz Ahmad Helmy al-Hafiz, Persembahan Selawat dan nasyid dari Pelajar SMA Al-Wosto, 3 kumpulan Marhaban dan bacaan Dikir Maulid dari pasukan veteran kg. Sekara. Majlis juga turut menyampaikan saguhati pengkhidmat agama sukarela dan saguhati siak masjid qariah.
Terima kasih kepada pengarah program Us. Khairuddin Abdul Aziz al-Hafiz dan barisan tenaga yang menjayakan majlis ini.