Isnin, 11 April 2011

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT DAERAH CHENOR 1432H/2011

PENGUMUMAN KEPADA WARGA CHENOR

MAJLIS TILAWAH AL QURAN AKAN DIADAKAN PADA 20 APRIL 2011 AKAN DATANG.
KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUKMENYERTAI TILAWAH BERKENAAN BOLEHLAH MENDAPATKAN BORANG PENYERTAAN DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH CHENOR ATAU DIMASJID KARIAH MASING-MASING.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA : 15 APRIL 2011

SYARAT PENYERTAAN: UMUR 18 - 53 TAHUN

: 2 KATEGORI DIPERTANDINGKAN

SILA HUBUNGI TALIAN 09-2995190 UNTUK KETERANGAN LANJUT.

Isnin, 7 Mac 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH CHENOR 1432H/2011


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Chenor telah daidakan di Dewan Solat Masjid Jamek Daerah Chenor dan telah disempurnakan oleh Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang, YDH. Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Hj. Wan Hassan. Bebebrapa program diaturkan sempena sambutan pada kali ini dengan ceramah agama oleh Ybhg. Tn. Hj. Abdul Karim Bin Sidek, tenaga Pengajar Kulliah Lughah Wad Din Sultan ABu Bakar, Pekan, diikuti dengan bacaan ayat-ayat al-Quran oleh Ustaz Ahmad Helmy al-Hafiz, Persembahan Selawat dan nasyid dari Pelajar SMA Al-Wosto, 3 kumpulan Marhaban dan bacaan Dikir Maulid dari pasukan veteran kg. Sekara. Majlis juga turut menyampaikan saguhati pengkhidmat agama sukarela dan saguhati siak masjid qariah.
Terima kasih kepada pengarah program Us. Khairuddin Abdul Aziz al-Hafiz dan barisan tenaga yang menjayakan majlis ini.

Sabtu, 8 Januari 2011

PAID CHENOR TERIMA PENUNTUT USIM

3 Jan - seramai 4 orang penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melapor diri di hadapan Qadhi Daerah pagi ini. Penuntut ini akan menjalani latihan praktikal selama hampir 4 bulan yang akan berakhir 30 April hadapan.
AF Qadhi Daerah mengharapkan penuntut berkenaan akan dapat menimba dan menjalani latihan praktikal di pentadbiran ini dengan penuh minat dan kesungguhan

Selasa, 21 Disember 2010

UCAPAN ALUAN

UCAPAN ALU-ALUAN (Pejabat Agama ISLAM Daerah Chenor



والله أعلم Created By Tarbiah90