Selasa, 26 Oktober 2010

Bengkel Mas Kahwin JAIP

26/10/2010 - Kuantan. Bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, JAIP menganjurkan Bengkel Mas Kahwin yang akan diangkat ke Majlis Perundingan Hukum Syarak Pahang untuk pertimbangan dan kelulusan.
Seramai hampir 40 orang menghadiri bengkel berkenaan dengan dibentangkan oleh YH. Dato' Mokhtar Syafie salah seorang Ahli Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang.

Perasmian penutup disempurnakan oleh YH. Dato' Haji Mohd Ghazali  Bin  Abd Aziz selaku Timbalan Pengarah JAIP.

Selasa, 19 Oktober 2010

JAIP Dapat Pengarah Baru

18 Okt 2010 - Pekan. Jabatan Agama Islam Pahang mendapat Pengarah baru menggantikan YH. Dato' Abdul Manan  Abdul Rahman yang bersara pada 1 Jun 2010 yang lalu. YH. Dato' Mohammad  Bin  Ubaidollah merupakan anak jati pahang berasal dari Chenor menjawat jawatan Penolong Pegawai Kewangan di SUK Pahang sebelum ditukarkan ke JAIP.

    Warga JAIP mengalu-alukan kedatangan beliau dan mengharapkan satu anjakan dan momentum baru dalam usaha memartabatkan JAIP sebagai sebuah jabatan kerajaan yang lebih inovatif, kreatif dan terkehadapan dalam mendepani cabaran serta mencapai hasrat dan cita-cita JAIP dalam rangka Pelan Strategik 2010- 2015.

Rabu, 13 Oktober 2010

Imam Jemputan Dari Negara Thailand

Tok Muda Wan Zainal Mokhtar mewakili J/K Masjid menyerahkan saguhati kepada Imam jemputan dari negara Thailand yang dijemput bagi mengimamkan solat Tarawih sepanjang bulan ramadhan yang lalu. Kelihatan Imam Khairuddin di kiri dan Bilal Solihin di kanan.

Khamis, 7 Oktober 2010

Jamuan Raya PAID Chenor Meriah

Turut menyerikan suasana sambutan Aidil Fitri YB. Dato' Shahaniza ADUN Kuala Sentul, Tn. Hj. Zakaria Mohamed, KPP Penyelidikan JAIP, Tuan Syarifuddin  AF Qadhi Maran, Dr. Poliklinik Kg. Awah dan Penghulu Mukim Segumpal.
Saudara baru Islam turut menghadiri jamuan Aidil Fitri... Syukran...
Pengerusi J/K Jamuan Aidil Fitri bersama Us. Hafifi dan Us. Sahidul setia menyambut para tetamu yang berkunjung.... Barakallah.... Jazakallah....

Seawal jam 9.30 pagi khemah jamuan telah dikunjungi tetamu.... raya tahun ini cukup meriah.... terima kasih atas kunjungan....

Pgrm Ibu Hamil di Poliklinik Kg. Awah

Sekitar program ibu hamil yang diadakan di Poliklinik Kg. Awah.

Selasa, 5 Oktober 2010

KAJIAN MAS KAHWIN DI UKM

Ketika meneliti hujahan para ulama' dalam menetapkan kadar mas kahwin
Temubual dengan Prof. Madya Datin Hajjah Zaleha, UKM


Kenangan di UKM...

Jumaat, 1 Oktober 2010

PERSEFAHAMAN JAIP DENGAN MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH THAILAND

Tautan ukhuwwah sesama Islam.....

Pertemuan tersebut turut juga dihadiri oleh Ketua Pendaftar JHEAT, PP JAIJ dan JAIS. Satu persefahaman disepakati berkaitan isu perkahwinan warganegara ini di wilayah-wilayah terbabit.

Tahlil di Maqam DiRaja Pekan

Dari kiri Depan: AF Tuan Shaharuddin, AF Tuan Hj. Bunyamin, SS Dato' Mufti Negeri Pahang, YH. Dato' Pengarah JAIP, Timb. Pengarah JAIP, AF Tuan Hj. Miziazam, AF Tuan Ahmad Nizam, AF Tuan Hj. Fadhli, AF Tuan Adnan.
Dari Kiri Belakang: AF Tuan Yusri, AF Tuan Hj. Abu Bakar, AF Tuan Hj. Syarifuddin, AF Tuan Hj. Abdul Zaki, AF Tuan Abdul Aziz